Rabu, 7 Ogos 2013

s@J@k rAy@



s@J@k rAy@

Raya, begitu indah namamu,
Namun, aku tidak dapat beraya dengan ibuku,
Aku rasa hari raya ini bukanlah hari raya yang biasa aku alami seperti dulu.

Aku keseorangan,
Keseorangan di sebuah bilik yang hanya aku di dalamnya,
Namun, apakan daya,
Aku hanya seorang perantau yang datang ke sini untuk belajar,
Belajar erti berdikari.

Ibuku,
anakmu sentiasa memohon ampun dan maaf terhadapmu,
Salah silap harap ibu maafkan diriku,
Kemaafan ibu adalah keutamaan bagi diriku.

Hari ini,
Anakmu luahkan apa yang ada di buku hati ini,
Luahkan segala kesedihan yang dirasai,
Penat lelahmu dapat aku rasai,
Harap ibu tabahkan hati.
Insya-Allah suatu hari nanti,
anakmu akan kembali.
SELAMAT HARI RAYA IBUKU

Selasa, 6 Ogos 2013

P@ntUn r@Y@


 Ikan sardin di dalam tin,
Dijual di pasar tiga sehengget,
Selamat hari raya maaf zahir batin,
Dari hamba yang sengal dan senget

P@ntUn r@Y@


Mat panjat pokok mangga
Pokok mangga cik kiwi yang punya,
beta nak ucap selamat hari raya,
salah silap maaf dipinta.

P@ntUn r@Y@


Dalam manis ada hempedu,
Dalam kata-kata banyak maknanya,
Sayunya hati ramadhan yg kian berlalu,
Untuk menyambut bulan syawal yg bakal menjelma

P@ntUn r@Y@


Gunung daik bercabang tiga,
tiga serangkai sakit jantung darah tinggi kencing manis,
kalau tuan tak puasa,
jangan nak bermegah berhari raya aidilfiri’s

P@ntUn r@Y@


Makan ketupat dengan lemang,
Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti

P@ntUn r@Y@


Andai Hamka menyusun kata
Terciptalah kata-kata yang aulia
Mari bermaafan sesama kita
Di pagi Aidilfitri yang mulia